Wanita Kongsi Kisah Dijual Kepada Rumah P3l#cur#n Di Johor Baru Untuk Bayar Hutang Dadah Bekas Suami
Setiap orang lalui pengalaman hidup yg berbeza. Tetapi tidak semua sanggup berkongsi pengalaman hitam dalam hidup mereka kepada semua orang.
Namun, bagi Rahayu Rahmat, dia tidak menganggap kisah silamnya itu perlu dirahsiakan dan baru-baru ini dia telah berkongsikan kisah silam atau sejarah hitam dalam hidupnya apabila dijual kepada rumah pelacuran oleh bekas suami, lapor The Star.
Rahayu, 47, berasal dari Johor Bahru dan mempunyai 4 orang anak bersama bekas suaminya. Kesemua mereka terpaksa hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang selama hampir 6 tahun apabila Rahayu dijual kepada sebuah rumah placur4n untuk membayar hutang-hutang dadah bekas suaminya pada tahun 2005.
Menurut Rahayu, kesemua anaknya memegang kewarganegaraan Singapura. Jadi, ketika rumah pelacuran itu mendapat tahu, kesemua pasport dan sijil lahir anaknya dijual. Lebih malang lagi, rumahnya turut dilelong kerana tidak dibayar.
Disebabkan itu, mereka tidak dapat meninggalkan Malaysia dan akhirnya mereka menjadi gelandangan, tanpa kerakyatan dan tidak berduit bersama saya.”
Dia akhirnya dibebaskan dari rumah placur4n tersebut pada tahun 2008. Namun, pada ketika itu dia sudahpun dijangkiti penyakit HIV positif dan tdk mempunyai kerja.
Memikirkan keadaan anaknya yg perlu makan, Rahayu tdk mempunyai pilihan lain tetapi meneruskan kerja-kerja seks untuk meneruskan hidup bersama anak-anak meskipun badannya mempunyai bisul dan luka.
Rahayu juga turut menceritakan bagaimana dia terpaksa mencuri roti atau biskut untuk memberi makan kepada anaknya di saat mereka ketiadaan wang.
Namun, pertemuan Rahayu bersama suaminya sekarang, Rosli Ismail telah mengubah hidupnya dan anak-anak. Rosli, seorang bekas penagih dadah merupakan kakitangan NGO dan sedang menjalankan program kebajikan membantu memulihkan penagih dadah ketika ternampak lima beranak itu hidup di jalanan.
Dia membawa saya bersama anak-anak dan berjaya mendapatkan sijil kelahiran mereka. Kini, kesemua anak saya adalah rakyat Malaysia.
Saya tidak sangka akan dapat keluar dari kehidupan gelap ini tetapi Allah mengutus saya malaikat.”
Mereka akhirnya berkahwin dan kini sama-sama aktif dalam kerja kebajikan membantu memulihkan penagih dadah serta pekerja s#ks di Johor Bahru.
Pasangan ini menubuhkan Persatuan Kebajikan Sinar Sofia dan 2 anak perempuan serta 2 anak lelaki Rahayu turut bersama aktif dalam menjalankan program itu
Menurut Rahayu, kesusahan yg terpaksa anaknya lalui telah mengukuhkan hubung4n mereka sekeluarga.
“Mereka tahu tentang status saya. Saya tdk sembunyikan perkara itu dari mereka. Segala kepayahan telah membuat kami lebih kuat dan erat,” kata Rahayu.
Sumber: http://www.mymediasosial.com/index.php/2017/09/18/wanita-kongsi-kisah-dijual-kepada-rumah-pelacuran-di-jb-untuk-bayar-hutang-dadah-bekas-suami/

