Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

SERAM….! 2 PELANGGAN BERLAINAN MOTEL INI KONGSI VIDEO MENYERAMKAN SEBAGAI BUKTI BILIK TERSEBUT BERHANTU. AWAS JIKA ANDA LEMAH SEMANGAT! BRADER NIE MEMANG WIN BETUL...


Kalau korang lemah semangat, jangan berani tengok plak video ni seorang diri tau. Brader yg rakam video ni memang hebat.. siap suruh hantu tu tarik telefon lagi..nak tahu apa yg hantu tu buat? Jom lihat… ada brani?

Kejadian ini berlaku di sebuah motel di Harlingen, Texas di mana seorang lelaki yg bermalam di salah sebuah bilik dan merakamkan kejadian menyeramkan yang di alaminya pada malam tersebut.

Kita mulakan dengan rakaman pertama daripada Frank Ramirez yang mengatakan dia melihat beberapa perkara aneh seperti telefon yg bergerak secara sendiri, tuala muka yang terjatuh sendiri dan pelbagai lagi. Untuk membuktikan dia tidak menipu, Frank telah merakam kejadian tersebut dan kalau anda berani, anda lihatlah sendiri. Memang ‘real’ weyh!

Tindakkan Frank yang cuba untuk berkomunikasi dengan ‘hantu’ tersebut juga sungguh berani. Di dalam video tersebut dia cuba menyuruh hantu tersebut mengalihkan barangan seperti sebelumnya dan cuba teka apa hantu tu lakukan? Nak tahu, tonton sendiri video bawah ni okay!

Frank sekali lagi memuat naik video menerangkan bahawa dia tidak menipu, selepas ramai yang mengatakan semua itu hanyalah ‘trick’ dan dia menggunakan wayar untuk menggerakkan semuanya.

Selepas Frank, seorang lagi pengunjung yg bermalam di bilik sama mengalami pengalaman menakutkan itu. Dia menjelaskan bahawa TV nya terbuka sendiri, tuala bagai ditarik jatuh ke lantai dan bunyi orang menggunakan tandasnya sedangkan dia hanya tinggal berseorangan di bilik tersebut.

Apa yang boleh dikatakan, mereka yg merakam video ini sungguh berani! Kalau iols yg kena kacau dengan hantu tu, dah lama angkat kaki cabut lari. Hiks

Sumber : Onairwithryan