Ibu Hilang 3 Anak Serentak Dalam Kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Betapa beratnya dugaan seorang ibu apabila dia telah kehilangan ketiga-tiga orang anak lelakinya dalam nahas kebakaran di pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung awal pagi ini.
Berita yg diterima Mashawani Mohamed Shahid, 29, ketika azan Subuh baru berkumandang itu menambahkan berat di hati kerana dia seorang ibu tunggal yg telah kehilangan suaminya sejak lapan tahun lalu, lapor Mstar.
Meskipun begitu, jenazah tiga anaknya, Muhammad Syafiq Haikal, Muhammad Hafiz Iskandar dan Muhammad Harris Ikhwan masih belum dapat disahkan dan akan dikemaskini dalam waktu yang terdekat ini.
Menurut ibu saudara mangsa, Rosnani Mohd Nor, kematian anak-anak kepada sepupunya itu baru diketahui selepas jenazah mangsa semua dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
“Kami sekeluarga bersedih dengan kejadian malang ini terutama ibu kepada anak-anak ini.”
Buat masa ini, Rosnani masih belum bertemu dengan sepupunya.
Semoga ibu mangsa tabah menghadapi dugaan berat ni. Anak-anaknya kini sudah di syurga…
http://lobakmerah.com/



